Baru ni aku teringat satu tempat. Masa aku muda dulu tempat tu tempat mat rempit selalu buat kenduri. tapi aku tak pernah join pun pergi tempat tu
gambar sekadar hiasanMengenangkan benda dah lebih 20 tahun berlalu, aku tertanya-tanya apa cerita diorang sekarang ni kan?
Yelah... Dulu dok enjoy macam takde hari esok. Yang lelaki meratah anak dara orang. Yang perempuan lak menyerah macam takde maruah.
Lepas 20 tahun, mesti ada yang dah berkahwin, dah beranak-pinak. Macam mana diorang jaga anak-anak diorang daripada jadi macam diorang masa muda dulu?
Ada tak diorang terkenang zaman muda dulu?
Pernah tak kejahilan zaman muda dulu menghantui diorang?
Aku tanya macam tu sebab aku sendiri selalu menyesal dengan apa yang aku dah buat masa muda dulu.
Padahal aku taklah seganas diorang tu. Tu pun aku selalu rasa menyesal.
Diorang yang lebih 'ganas' dan lebih 'advance' dari aku tu teruskan hidup macam mana? Apa cerita diorang sekarang ni? Tak kisah la yang lelaki ke perempuan.
